YILONG Ma. FOTO TikTok
YILONG Ma. FOTO TikTok
Agensi

Beijing: Elon Musk berhasrat untuk bertemu 'kembarnya' yang juga seorang pempengaruh media sosial di China.

Bilionair Amerika Syarikat itu mahu bertemu Yilong Ma yang wajahnya dikatakan mirip Musk.

Persamaan wajah dengan Musk menyebabkan Ma yang berasal dari wilayah Hebi di utara China kini menjadi terkenal.

Ma menarik perhatian Musk selepas video berdiri bersebelahan sebuah kereta tular di media sosial, hujung tahun lalu.

"Mungkin saya ada kacukan Cina," gurau Musk menerusi Twitter pada Disember tahun lalu.

Musk berkata, beliau mahu bertemu dengan lelaki itu jika memang wajah mereka mempunyai banyak persamaan.

"Sukar untuk mengatakan wajah ini mempunyai persamaan disebabkan deepfake yang boleh dibuat pada masa kini," katanya menerusi Twitter pada Isnin, lalu.

Sehari kemudian, Ma membalas ciapan Musk itu menerusi Weibo dengan menyatakan hasrat yang sama untuk bertemu pemilik Tesla itu.

"Saya di sini dan mahu bertemu kamu juga. Saya sayangkan kamu. Kamu hero saya," katanya.

Yilong Ma mungkin nama samaran lelaki itu kerana nama diberikannya, Yilong ialah sebutan Mandarin untuk Elon.

Watak lelaki cina yang dilakonkan Ma juga seakan dengan karektor Musk.

Ma mempunyai 229,000 pengikut di TikTok dan sering berkongsi videonya yang melakonkan watak seperti Musk yang dianggap sebagai abangnya.

Lelaki itu membuka akaun Weibo bulan lalu sering berkongsi video dan memperkenalkan dirinya dalam bahasa Inggeris, "Hai semua, saya Yilong Ma".

Satu video yang dimuat naik bukan ini menunjukkan Ma menari bersebelahan dengan sebuah Tesla.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 6:30 AM