GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Angka kes sembuh iaitu 14,346 kes mengatasi jumlah kes harian Covid-19 yang direkodkan semalam iaitu 9,705 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes baharu itu sekali gus menjadikan 4,382,402 kes kumulatif di negara ini.

"Ia (kes harian yang dilaporkan semalam) membabitkan 9,675 kes jangkitan tempatan serta 30 kes lagi mendapat jangkitan dari luar negara.

"Sebanyak 134 kes memerlukan rawatan ICU (72 kes disahkan Covid-19, 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalamsiasatan)," katanya.

Katanya,daripada jumlah kes harian yang dilaporkan semalam kategori dua mencatatkan kes paling tinggi iaitu 5,003 diikuti kategori dua iaitu 4,653 kes, kategori lima (18 kes), katergori tiga (16 kes) sertakatergori empat (15 kes).

"Daripada 49 kes Covid kategori tiga hingga lima, sebanyak 17 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi,15 kes menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, 17 kes menerima dos penggalak, 29 kes berumur60 tahun dan ke atas, 27 kes mempunyai komorbid dan satu kes adalah kes ibu mengandung," katanya.

Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatna Malaysia (KKM) turut mengenal pasti 10 kluster baharu semalam menjadikankluster aktif setakat ini ialah 116 kluster.

Sementara itu, tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) Covid-19 melebihi 50 peratus direkodkan, semalam.

Katanya, hanya Putrajaya menunjukkanperatusan pengisian katil bukan ICU melebihi 50 peratus manakala hanya satu negeri iaitu Perak menunjukkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus iaitu 56 peratus.

"Bagi pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula menurun kepada 81 pesakit dengan peratusanpenggunaan ventilator 9 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2022 @ 10:59 AM