GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes Covid-19 meningkat sedikit kepada 25,854 semalam berbanding 23,100 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif setakat ini adalah 3,468,590 kes.

Katanya, sebanyak 25,548 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 3,142,112 kes.

"Kes import adalah sebanyak 448 kes iaitu 378 warganegara dan 70 bukan warganegara.

"Kes tempatan adalah sebanyak 25,406 kes iaitu 24,543 warganegara dan 863 bukan warganegara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 374 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 134 disahkan Covid-19, 240 kes disyaki kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Katanya, sebanyak 213 kes dengan 74 kes disahkan Covid-19, 139 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

"25,702 kes (99.41 peratus) adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"152 kes (0.59 peratus) adalah kategori 3,4 dan 5," katanya.

Beliau turut mengumumkan terdapat tujuh kluster baharu menjadikan keseluruhan kluster sebanyak 6,789 dengan jumlah kluster aktif sebanyak 475 kluster.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2022 @ 10:24 AM