Liznya mempunyai 9,000 pengikut di Instagram. FOTO AGENSI
Liznya mempunyai 9,000 pengikut di Instagram. FOTO AGENSI
Agensi

Moscow: Pemilik kucing tergemuk di dunia membidas komen negatif daripada netizen di media sosial, mengenai haiwan kesayangannya itu.

Kucing baka Porky Russian yang dinamakan Liznya itu mempunyai 9,000 pengikut di Instagram.

Ramai yang berminat dengannya kerana saiz haiwan itu yang dilihat amat luar biasa.

Walaupun saiz Liznya membimbangkan, pemiliknya menegaskan kucing itu tidak diberi makanan berlebihan dan hanya makan apa yang dinasihatkan doktor haiwan.

Pemilik kucing dari Rusia itu kemudian meninggalkan komen 'sedih untuk dibaca' dalam ruangan komen.

Menerusi kenyataan balas di laman sosial Liznya, pemiliknya memaklumkan dia tidak sesekali cuba untuk menjadikan kucing itu sebagai kucing tergemuk di dunia.

"Benar kucing saya pernah mengandung dan selepas itu saiznya bertambah besar, namun kami tidak sesekali mendakwa itu punca sebenar obesiti," katanya.

Katanya, berat Liznya bertambah ketika haiwan itu mengandung, malah kadar pembesaran semakin meningkat selepas itu.

Dalam laman Instagram, pemilik Liznya turut menunjukkan dia menimbang berat makanan sebanyak 25 gram (g) sebelum ia diberikan kepada kucingnya.

Dia menegaskan, ia adalah sukatan yang disarankan oleh doktor haiwan.

Pemilik Liznya juga memaklumkan, dia sudah membawa kucing itu bertemu pakar veterinar beberapa kali bagi mendapatkan nasihat berkaitan pemakanan.

Bagaimanapun, jawapan itu tetap dijadikan bahan jenaka di media sosial sambil mendakwa Liznya tidak mampu berjalan kerana obesiti.

"Liznya sudah dibawa bertemu pakar veterinar beberapa kali dan kami sudah menukar pelan dietnya lebih sekali.

"Kini kelihatan tiada pertambahan berat badan berlaku namun tiada penurunan berat pada masa sama," kata pemilik kuecing itu.

Menurutnya, mereka tidak boleh terlalu kerap membawa Liznya bertemu doktor veterinar, namun akan berbuat demikian jika keadaan memerlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 6:30 AM