GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan, hari ini meningkat kepada 3,245 kes berbanding 2,342 kes, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia sehingga kini mencecah 2,813,934 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 January 2022 @ 2:25 PM