GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Sebanyak 300 kes import positif Covid-19 iaitu mendapat jangkitan dari luar negara yang dilaporkan daripada keseluruhan 2,690 kes baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang mendapat jangkitan dari luar negara itu membabitkan 278 warganegara manakala 22 lagi bukan warganegara.

Menurutnya, baki 2,390 kes pula adalah penularan tempatan membabitkan 2,317 warganegara dan 73 bukan warganegara.

"Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 98.1 peratus atau 2,638 kes terdiri daripada pesakit kategori satu dan dua manakala selebihnya iaitu 1.9 peratus atau 52 kes kategori tiga hingga lima.

"Pertambahan kes baharu itu juga menjadikan keseluruhan 2,767,044 kes Covid-19 di negara setakat ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah 265 kes membabitkan 188 kes disahkan Covid-19 manakala 77 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan.

Katanya, kes memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 147 kes membabitkan 81 kes disahkan Covid-19 dan 66 kes disyaki, kemungkinan serta dalam siasatan.

Tambah Noor Hisham, sebanyak tiga kluster baharu dikesan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan 6,137 kluster dengan 206 kluster masih aktif.

Tambah beliau, nilai kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara masih berada di bawah paras 1.0 iaitu 0.99.

Beliau berkata, Johor merekodkan nilai Rt tertinggi iaitu 1.01 diikuti Kelantan (1.00), Kedah (0.99) dan Terengganu (0.97).

Katanya, Sarawak pula mencatatkan nilai Rt terendah iaitu 0.77.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 3:07 PM