KULIT di sekeliling mata dan di dahi Gray bertukar merah.
KULIT di sekeliling mata dan di dahi Gray bertukar merah.
Agensi

London: Seorang remaja lelaki dikejarkan ke hospital selepas dia mengalami alahan terhadap alat dengar realiti maya Facebook yang diberikan kepadanya sebagai hadiah Krismas.

Lewis Gray, 13, dibiarkan dengan mata terpejam selepas alah terhadap Oculus Quest 2, hadiah yang diterima daripada datuk dan neneknya, lapor Mirror.

Dia membuka mainan berteknologi tinggi itu pada hari Krismas, tetapi ibunya Kirsty Reed, 33, mula perasan kulit di sekeliling matanya dan di dahinya bertukar merah.

Apabila dia dibawa ke hospital, matanya mula membengkak dan doktor memaklumkan ia adalah tindak balas alahan.

Amaran penarikan balik produk itu baru-baru ini dibuat selepas Facebook menerima hampir 6,000 laporan mengenai kerengsaan kulit muka.

Ia termasuk ruam, bengkak, terbakar, gatal-gatal, dan benjolan selepas orang ramai menggunakannya.

Oculus Quest 2 ialah set realiti maya yang dibangunkan Facebook dan boleh digunakan untuk permainan video.

"Dia bermain dengannya pada hari Krismas selama beberapa jam.

"Apabila dia bangun pagi, terdapat kerengsaan di sepanjang tulang pipi dan di dahinya. Ia hampir kelihatan seperti dia memakai pemerah pipi.

"Terdapat sedikit bengkak jadi saya memberinya sedikit Piriteze, tetapi keesokan paginya dia bangun, matanya hampir tertutup kerana bengkak itu," kata neneknya.

Bapanya membawanya ke Hospital St Peter di Lyne untuk mendapatkan rawatan segera.

Doktor berkata, ia mungkin reaksi alahan pada set kepala.

"Ia membimbangkan kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku atau jika tindak balas akan pergi lebih jauh ke kerongkong.

"Anafilaksis adalah kebimbangan utama kerana bengkaknya sangat banyak dan boleh mengancam nyawa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 6:30 AM