MALAYSIA  kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara  dilanda pandemik Covid-19.
MALAYSIA kekal di tangga 21 daripada 222 buah negara dilanda pandemik Covid-19.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menjelang tahun baharu 2022, Malaysia belum dapat bebas daripada pandemik Covid-19 di tengah-tengah ancaman varian Omicron dan kini berdepan bencana banjir.

Setakat 18 Disember 2021, Malaysia merekod 13 kes Omicron yang semuanya kes import. Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terkini melaporkan varian dibimbangi (VOC) ini sudah merebak di 89 buah negara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir setakat 23 Disember ialah 390 kes dengan tujuh (7) negeri dilanda banjir iaitu Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Kelantan.

Kes harian baharu masih bertahan bawah 4,000 kes sepanjang rangkuman mingguan 18 Disember hingga 23 Disember 2021 kecuali pada Isnin 20 Disember, menyusut sehingga kepada 2,589 kes. Kali terakhir negara mencatat kes sekitar 2,000 kes pada 3 Mei 2021 iaitu 2,500 kes.

Untuk tempoh rangkuman ini, jumlah kluster baharu turut menurun kepada 20 kluster berbanding 45 kluster baharu untuk tempoh rangkuman mingguan 11 Disember hingga 17 Disember 2021.

Malaysia merekod 3,510 kes harian baharu Covid-19 pada Khamis 23 Disember 2021, menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 2,731,713 kes.

Sebanyak 95 kes import dilapor kelmarin terdiri daripada 80 warganegara dan 15 bukan warganegara. KKM melaporkan kes import tiga angka pada 22 Disember 2021 iaitu 100 kes (89 warganegara dan 11 warganegara).

Kes aktif Covid-19 dengan kebolehjangkitan setakat jam 11:59 malam 23 Disember 2021 ialah 47,863 kes.

Data kes harian baharu bagi tempoh rangkuman mingguan seperti berikut: 18 Disember (4,083 kes), 19 Disember (3,108 kes), 20 Disember (2,589 kes), 21 Disember (3,140 kes), 22 Disember ( 3,519 kes) dan 23 Disember (3,510 kes).

Sebanyak 4,998 kes pesakit Covid-19 sembuh kelmarin, menjadikan kes kumulatif sembuh 2,652,585 kes (97.1 peratus).

Sementara itu, 255 kes disahkan Covid-19, memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 121 kes daripadanya, memerlukan bantuan pernafasan.

Berdasarkan data terkini Covidnow, setakat jam 11:59 malam, 23 Disember 2021, 44 lagi kes kematian dilaporkan, menjadikan kes kumulatif 31,265 kes.

Sementara itu, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt sepanjang tempoh rangkuman ini masih bawah 1.00 seperti berikut: 18 Disember (0.91), 19 Disember (0.92), 20 Disember (0.91), 21 Disember (0.90), 22 Disember (0.91) dan 23 Disember (0.90).

Negeri mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 23 Disember ialah Terengganu (0.99) dan Johor (0.96).

Setakat 23 Disember 2021, jumlah kluster aktif di Malaysia kini 231 kluster. Untuk rekod, 6,094 kluster dikesan di negara ini dan sebanyak 5,863 kluster daripadanya, ditamatkan.

Hanya 20 kluster baharu dilapor sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini berbanding 45 kluster pada tempoh rangkuman mingguan 11 Disember hingga 17 Disember 2021. Berdasarkan data KKM, kluster terbanyak kluster komuniti, lima (5) kluster (25 peratus).

Sabah merekodkan satu kluster import pada 22 Disember iaitu Kluster Millenium Saudi, melibatkan jemaah umrah dari Sandakan. Kes indeks adalah seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun dengan sejarah menunaikian ibadah umrah bermula 5 hingga 15 Disember lepas.

Saringan terhadap 57 orang kontak rapat mengesan 10 lagi kes positif, iaitu ahli rombongan umrah, menjadikan jumlah kumulatif 11 kes.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 7:00 AM