GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 meningkat hari ini dengan 3,528 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jumlah itu meningkat berbanding 3,510 kes kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,735,241 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 3:14 PM