GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 menurun apabila 2,589 kes direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Jumlah itu lebih rendah berbanding 3,108 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my.

"Data setiap hari bagi laman Covidnow adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Katanya, KKM menjangkakan peningkatan kes Covid-19 susulan bencana banjir selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.

Katanya, hasil saringan setakat jam 11 pagi tadi itu merekodkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (enam) dan Kuala Lumpur (empat).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 4:33 PM