LAPORAN Harian Metro baru-baru ini
LAPORAN Harian Metro baru-baru ini
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Warga emas yang ditahan selepas dipercayai melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga menyebabkan haiwan itu mati di Serendah akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Ridzuan Khalid berkata, lelaki berusia 60 tahun itu akan didakwa pada 9 pagi.

Menurutnya, lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan (Persetubuhan luar tabii dengan haiwan).

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tindakan jijik seorang lelaki warga emas yang melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina menyebabkan haiwan berkenaan ditemui mati di kandangnya, di Serendah, di sini pada Julai lalu.

Berita berkaitan:

  • Warga emas 'rogol' kambing direman tujuh hari
  • Lelaki lakukan seks luar tabii dengan kambing ditahan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 8:53 PM