Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini meningkat kepada 5,594 kes berbanding 4,885 yang direkodkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia mencecah 2,597,080 kes, setakat ini.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data harian dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.