GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat sedikit hari ini kepada 4,885 kes berbanding 4,854 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia mencecah 2,591,486 kes, setakat ini.

Katanya, Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW dengan data harian dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 2:15 PM