GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Sebanyak 5,859 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 6,366 kes yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 2,581,747 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow: https://covidnow.moh.gov.my dan data harian akan dikemas kini selepas tengah malam setiap hari.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 3:34 PM