GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa Isnin ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 hari ini bersetuju untuk peralihan Fasa PPN bagi negeri terbabit.

Menurutnya, negeri terbabit iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah yang sebelum ini di Fasa 3 akan beralih ke Fasa 4 bermula Isnin ini.

Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.

"Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my," katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 5:07 PM