GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini menunjukkan sedikit peningkatan dengan 5,291 kes berbanding 5,071 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,486,630 kes setakat ini.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data kes akan dikemas kini setiap hari selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 November 2021 @ 2:48 PM