GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 meningkat kepada 5,726 kes hari ini berbanding 4,782 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 2,442,224 kes setakat ini.

"Daripada 5,726 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 97 kes adalah kategori tiga, empat dan lima.

"Sebanyak 5,629 kes lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, kes sembuh hari ini sebanyak 5,607 kes.

Menurutnya, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 598 kes dengan 512 kes disahkan Covid-19 manakala 86 kes disyaki dan dalam siasatan.

"Kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 308 kes dengan 219 kes disahkan Covid-19 manakal 89 kes disyaki, kemungkinan dan kes dalam siasatan.

Tambahnya, tujuh kluster baharu dikesan manakala jumlah kluster aktif pula adalah 506 kluster.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 6:06 PM