Ridzuan Abdul Rahman


KERINDUAN peminat untuk menonton drama popular, Hati Yang Dikhianati (HYD) terubat apabila karya siri 65 episod ini kembali ditayangkan di kaca televisyen sejak Jumaat lalu.

Sudah tentu, ia turut melegakan pelakon a yang melakonkan watak utama sebagai Nur Melisa atau Lisa.

Isyariana, 31, sebelum ini terpaksa akur drama adaptasi dari telenovela, Mis Tres Hermanas yang bersiaran di slot Tiara, Astro Prima itu terpaksa ditunda tayangannya pada Jun lalu berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) yang memaksa semua aktiviti penggambaran dihentikan.

"Syukur sangat kerana kami dah dapat bekerja semula dan drama ini kembali menemui peminat. Penggambaran ditunda sejak Februari hingga Ogos lalu dan kini baru kami aktif shooting semula.

"Cabarannya apabila masuk set semula, lidah macam bergulung untuk berdialog sebab dah lama duduk di rumah. Boleh dikata, ini antara situasi yang sekarang saya lalui.

"Manakala, cabaran bekerja dengan abang Bade Azmi sebagai pengarah kedua pula agak mudah kerana dia bagi kebebasan untuk berlakon.

"Semuanya dalam kawalan dia. Sekiranya tak okey baru dia tegur. Dia suka kita sendiri warnakan watak dilakonkan itu untuk keselesaan," katanya.

Menurutnya, dia juga tidak terus melupakan wataknya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

"Dalam masa beberapa bulan berehat, saya masih lagi mengikuti kelas lakonan secara online dengan beberapa guru lakonan dan praktis dialog.

MAHU terus bekerja keras untuk mencipta nama.
MAHU terus bekerja keras untuk mencipta nama.

"Saya tetap baca skrip HYD dan tengok drama asal sebagai rujukan untuk bawa watak Lisa itu. Nur Melisa lebih kasar berbanding karakter asal Lisa Estrada yang lemah lembut.

"Tak dinafikan saya agak tertekan juga apabila diberi kepercayaan bawa watak utama dalam drama yang pernah jadi fenomena di tanah air suatu ketika dulu," katanya.

Menurutnya, walaupun 80 peratus drama ini sama dengan cerita asal, namun watak mereka sedikit berbeza.

"Lisa Estrada mungkin suka menangis dan beremosi sedih, namun Nur Melisa lebih kuat dan tak terlalu bersifat kewanitaan seperti Lisa Estrada itu.

"Ketika penggambaran disambung, saya tiada masalah berdepan isu 'lari konti' kerana bentuk fizikal tiada masalah kerana saya bukan orang yang kuat makan.

"Cuma, rambut semakin panjang kena potong untuk konti dan ia bukanlah satu isu besar pun," katanya.

Pada usianya sekarang, pelakon kelahiran Temerloh, Pahang ini belum memikirkan soal pasangan hidup.

GEMBIRA dapat berlakon semula dalam Hati Yang Dikhianati.
GEMBIRA dapat berlakon semula dalam Hati Yang Dikhianati.

Sebaliknya, dia mengakui masih berhempas pulas membina nama dalam bidang seni diceburi ini.

"Saya betul- betul dikenali peminat menerusi drama Satukan Rasa berganding dengan Siti Nordiana dan Khai Bahar. Semua penonton kenal dengan karakter saya itu.

"Sehingga kini saya sentiasa perbaiki hasil kerja dan tidak berasa selesa kerana tetap beranggapan masih baharu dalam dunia seni.

"Sementara ada peluang dan tawaran berlakon, saya akan pasti membuat yang terbaik," katanya lagi.

ISYA berhasrat mencipta nama dalam nyanyian pula.
ISYA berhasrat mencipta nama dalam nyanyian pula.

MAHU RANCAKKAN NYANYIAN

Dalam pada itu, dia yang juga pernah menganggotai duo Hanarose bersama Eka Sharif pada 2014 dan kemudian menyertai program realiti, Akademi Fantasia 2016, tidak putus asa untuk mencipta nama dalam bidang nyanyian.

"Hanarose pernah tampil dengan single Girlfriend. Selain itu, saya juga menyanyikan lagu runut bunyi untuk filem seperti Usin UFO, Coverina dan Pengantin Malam.

"Saya juga diberi peluang menyanyikan lagu runut bunyi drama HYD ini yang berjudul Vida. Pada 6 Jun lalu, saya ada lancarkan single solo berjudul Bisik Hati yang bergenre balada.

"Memang saya berniat nak aktif semula dalam bidang nyanyian seperti dulu. Saya akan fokus pada dua lagu baharu yang keluar sekarang.

"InsyaAllah akan datang ada lagi single lain bakal.dihasilkan. Saya harap, orang ramai yang kenal saya menerusi lakonan akan lebih terbuka menerima diri saya yang asalnya seorang penyanyi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 6:00 AM