Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini iaitu 6,210 berbanding 5,516 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,413,592 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

Katanya, kadar positiviti yang dicatatkan pada hari ini adalah sebanyak 4.28 peratus.

GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 Oktober 2021 @ 3:13 PM