Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 meningkat sedikit kepada 5,745 hari ini berbanding 5,434 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia ialah 2,401,866 kes.

Katanya, kadar positif jangkitan hari ini adalah 3.77 peratus.

"Kesedaran orang ramai amat penting untuk dapatkan vaksin, patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan jalankan ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) secara berkala," katanya menerusi Twitter.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 3:20 PM