Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 hari ini menurun sedikit kepada 7,420 kes berbanding 8,084 kes direkodkan semalam.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes di negara ini mencecah kepada 2,377,033 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman https://covidnow.moh.gov.my," katanya menerusi Twitter hari ini.

Katanya, data akan dikemas kini setiap hari di laman Covidnow selepas tengah malam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 2:23 PM