Mahaizura Abd Malik


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini melonjak sedikit kepada 8,084 kes berbanding 7,950 yang direkodkan semalam.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes mencecah 2,369,613 kes setakat ini.

"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman https://covidnow.moh.gov.my," katanya dalam Twitter hari ini

Katanya, data akan dikemas kini setiap hari di laman COVIDNOW selepas tengah malam.

 

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  •  

    Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 3:04 PM