GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohd Roji Kawi


Kuching: Seorang anggota tentera menembak dirinya selepas dia mengamuk dengan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata dipercayai Colt M4 Carbine yang turut mencederakan ibu mentuanya di Kampung Kolong 1, Sungai Tengah di Jalan Matang, di sini, tengah hari tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian itu berkata, suspek berusia 20-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

"Ya...kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi dan siasatan kini sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Berita lanjut akan menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Oktober 2021 @ 4:23 PM