KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU)  mengambil sampel ujian saringan Covid-19 terhadap individu secara pandu lalu di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) PKD SPU di Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pulau Pinang. FOTO Danial Saad

Redzuan Muharam

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 7,373 kes dilaporkan hari ini berbanding 8,743 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,339,594 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Web COVIDNOW iaitu covidnow.moh.gov.my.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 4:50 PM