Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 menurun sedikit hari ini dengan 19,198 kes direkodkan berbanding 19,550 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif keseluruhan 1,979,698 kes.

Menurutnya, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi hari ini dengan 5,291 kes menjadikan keseluruhan kes di negeri berkenaan berjumlah 156,798 kes.

Beliau berkata, Selangor pula merekodkan 2,347 kes, Johor (2,110 kes), Sabah (1,717 kes), Kelantan (1,435 kes) dan Pulau Pinang (1,309 kes).

"Kes di Kedah pula sebanyak 1,256 kes, Perak (1,118 kes), Terengganu (930 kes), Pahang (584 kes), Kuala Lumpur (376 kes), dan Negeri Sembilan (283 kes).

"Perlis pula merekodkan 67 kes, Putrajaya (32 kes) dan Labuan (tiga kes)," katanya dalam hantaran Twitter, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 September 2021 @ 4:41 PM