GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Johannesburg: Saintis di Afrika Selatan kini sedang memantau varian baharu Covid-19 dengan kadar mutasi yang tinggi yang dilihat meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kata Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD) pada Isnin.

Varian yang dikenali sebagai C.1.2 itu ditanda minggu lalu oleh Platform Inovasi dan Penyelidikan KwaZulu-Natal dalam kajiannya yang masih belum diterbitkan dan menerima kajian semula setara (peer review).

Walaupun majoriti penularan wabak di Afrika Selatan disebabkan varian Delta namun perhatian saintis tertumpu kepada varian baharu yang dilihat boleh bermutasi berganda berbanding varian global lain.

Kekerapannya tetap rendah, namun ia sudah dikesan kurang daripada tiga peratus genom sejak pertama kali diambil pada Mei lalu walaupun ia meningkat dari 0.2 menjadi dua peratus bulan lalu.

Saintis NICD pada Isnin mengatakan C.1.2. berada pada tahap yang sangat rendah dan terlalu awal untuk meramalkan bagaimana ia dapat berkembang.

"Pada tahap ini kita tidak memiliki data eksperimen untuk mengesahkan bagaimana varian ini berinteraksi dari segi kepekaan terhadap daya tahan badan," kata penyelidik NICD Penny Moore semasa taklimat media secara maya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 10:34 AM