Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Datuk Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara keirin yang tamat sebentar tadi.

Pelumba Britain, Jason Kenny meraih emas, manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen meraih gangsa.

Tamatnya aksi keirin sebentar tadi bermakna, Malaysia masih belum berjaya membawa bawa pulang emas yang dinanti-nantikan di pentas Olimpik.

JAGUH basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menang pingat perak keirin lelaki pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, hari ini. FOTO Bernama
JAGUH basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menang pingat perak keirin lelaki pada temasya Olimpik Tokyo 2020 di Velodrom Izu, hari ini. FOTO Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 11:14 AM