HANNA mengakui merindukan suasana lakonan terdahulu, anggap lakonan ketika penularan pandemik banyak kekangan.
HANNA mengakui merindukan suasana lakonan terdahulu, anggap lakonan ketika penularan pandemik banyak kekangan.
HANNA Aqeela melakonkan watak Hani dalam drama Suara Hati.
HANNA Aqeela melakonkan watak Hani dalam drama Suara Hati.
ANGGAP tindakan merujuk dan  berbincang dengan pengarah serta pelakon lain dapat meningkatkan mutu lakonannya dalam satu-satu babak.
ANGGAP tindakan merujuk dan berbincang dengan pengarah serta pelakon lain dapat meningkatkan mutu lakonannya dalam satu-satu babak.
Norhayati Nordin


MESKIPUN nama pelakon Hanna Aqeela, 31, tidak sehangat artis lain terutama di kalangan 'Instafamous' yang mula bergiat aktif dalam lakonan, ia tidak pernah menggusarkan dirinya.

Bagi anak sulung dalam keluarga ini, setiap orang ada bakat dan kelebihan masing-masing. Malah, setiap rezeki itu juga sudah ditetapkan dan untuk Hanna, dia selesa memilih lebih bersyukur.

"Selama aktif berlakon, saya tak pernah merungut sebab rezeki sentiasa ada. Tawaran berlakon tetap dapat dan atas sebab itu, saya tak bimbang dengan kemunculan pelakon baharu walaupun mereka 'Instafamous'.

"Apatah lagi, kebanyakan dari bakat muda ini adalah 'budak baru nak up' (BBNU) dan saya okay menerima kehadiran mereka dengan melihat ke arah positif. Saya sebenarnya suka bersaing dari segi mengukuhkan bakat.

"Saya kini berhasrat mendapat lebih banyak peluang melakonkan karya-karya drama terbaik yang memberi pengalaman untuk saya menerokai pelbagai watak mencabar dan menjadi seorang pelakon berkaliber," katanya.

Kini, Hanna muncul dengan drama Suara Hati arahan Emi Suffian sebanyak 13 episod yang disiarkan di slot Tiara, Astro Prima mulai hari ini, jam 6 petang dari Isnin hingga Jumaat.

Sekitar lapan tahun menceburi kerjaya lakonan sejak 2013 lalu, Hanna atau nama sebenarnya Hanna Aqeela Mohd Rosni berkata dia banyak belajar berlakon dari pengalaman ditimba. Katanya pada awal pembabitan dulu, dia tak boleh berlakon dengan baik.

"Dulu, saya pernah juga kena marah dengan pengarah sebab tak boleh berlakon dengan baik. Tapi, saya ambil semuanya sebagai pembelajaran dan tingkatkan usaha cuba perbaiki setiap kekurangan itu sebaik yang mungkin.

"Lama kelamaan, saya semakin faham betapa satu kepuasan dapat dirasakan apabila drama yang dibintangi itu hasilnya diterima baik oleh penonton. Ia membuatkan segala usaha kita yang dicurahkan untuk kerjaya amat berbaloi," katanya.

HANNA mengakui merindukan suasana lakonan terdahulu, anggap lakonan ketika penularan pandemik banyak kekangan.
HANNA mengakui merindukan suasana lakonan terdahulu, anggap lakonan ketika penularan pandemik banyak kekangan.

Mengulas juga megenai aktiviti penggambaran drama Suara Hati yang dilakukan ketika pandemik Covid-19 pada April lalu, Hanna berkata ia memberikan cabaran tersendiri. Ujarnya, paling utama tentulah kena ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Berlakon ketika negara masih dilanda penularan wabak ini, diakui agak banyak kekangannya. Sebagai pelakon, kita tidak boleh bebas bekerja macam dulu kerana faktor keselamatan kesihatan lebih utama. Jadi, ada babak-babak yang perlu diubah.

"Namun, bagi melancarkan urusan kerja lakonan dibuat semestinya perbincangan sesama pengarah dan rakan pelakon sangat penting. Itulah yang selalu saya lakukan bagi memastikan babak lakonan dipersembahkan lancar," katanya.

Menurut Hanna, apabila harus berhadapan banyak kekangan di lokasi penggambaran, dia sangat merindui kenangan berlakon yang dulu. Ujarnya, perasaan rindu itu sangat menebal dan tidak tahu apakah suasana berkenaan dapat dirasai semula.

"Melihatkan situasi pandemik sekarang, tak tahulah bila ia akan berakhir. Apatah lagi, untuk kami yang bekerja di dalam industri seni ini sudah hampir dua bulan tidak dapat 'shooting' kerana semua aktiviti diberhentikan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Selain Hanna, barisan pelakon lain yang membintangi drama Suara Hati ialah Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Zeera Hariz, Afzan A Rahman, Fazlina Ahmad Daud, Liza Rafar, Qistina Khaled dan ramai lagi.

HANNA Aqeela melakonkan watak Hani dalam drama Suara Hati.
HANNA Aqeela melakonkan watak Hani dalam drama Suara Hati.

Watak Hani Berat

Walaupun bukan pertama kali melakonkan watak utama, namun bagi Hanna yang pasti karekter Hani lakonannnya dalam drama Suara Hati diakui agak berat. Katanya, permainan watak itu sangat menuntut komitmen.

"Saya banyak bermain emosi dan menangis kerana watak Hani. Ia satu cabaran yang berat buat saya kerana karekter ini sarat dengan pelbagai masalah kehidupan dan dugaan yang harus ditanggung.

"Umpamanya, kisah cinta Hani yang menuntut dia membuat pengorbanan. Ditinggalkan kekasih yang tiba-tiba menghilang dan kemudian, kena berkahwin pula dengan lelaki pilihan keluarga.

"Melihatkan jalan cerita sebegini, saya sudah merasai beratnya perasaan hati ditanggung Hani. Apapun, saya sudah membuat yang terbaik untuk watak ini dan semoga penonton menerimanya," katanya.

ANGGAP tindakan merujuk dan  berbincang dengan pengarah serta pelakon lain dapat meningkatkan mutu lakonannya dalam satu-satu babak.
ANGGAP tindakan merujuk dan berbincang dengan pengarah serta pelakon lain dapat meningkatkan mutu lakonannya dalam satu-satu babak.

Ditanya apakah perasaan sebenar Hanna tatkala berjaya juga melakonkan watak Hani itu, katanya dia berasa sangat lega apabila aktiviti penggambaran berakhir. Ujarnya, segala beban dipikul sudah pun dilepaskan.

"Ya Allah, saya tak sangka dapat juga menghabiskan penggambaran drama ini dengan baik berbekalkan kepuasan tersendiri. Saya rasa lega sangat kerana beban watak yang penuh dengan emosi berat ini dapat ditangani hingga akhir.

"Alhamdulillah, saya juga sangat bersyukur kerana segala urusan lakonan dari awal penggambaran sehingga ia selesai dipermudahkan oleh Allah. Terutama, ketika saya harus melakonkan babak-babak air mata," katanya.

Menurut Hanna, apabila sebagai pelakon dia sudah memahami tuntutan sebenar karekternya, maka dia kena sentiasa fokus. Justeru, dengan komitmen sepenuh hati diberikan, dia gembira segala usahanya berhasil.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Julai 2021 @ 9:24 AM