Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan penurunan kes harian Covid-19 kepada 12,541 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan positif kepada 893,323 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di Twitter berkata, Selangor mencatatkan 5,512 kes diikuti Negeri Sembilan dengan 1,619 kes dan 1,542 kes di Kuala Lumpur.

Johor pula mencatatkan 609 kes, Melaka (575 kes), Kedah (458 kes), Sarawak (423 kes), Pahang (382 kes), Pulau Pinang (376 kes), Sabah (326 kes), Perak (299 kes), Kelantan (225 kes), Terengganu (102 kes), Putarajaya (62 kes), Labuan (24 kes) dan Perlis tujuh kes.

Semalam, negara mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 13,215 kes.

FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Julai 2021 @ 4:31 PM