Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu positif Covid-19 terus mencatatkan angka melebihi 9,000 kes apabila sebanyak 9,105 kes direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif 836,296 kes direkodkan setakat ini.

"Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,682 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,247 kes), Negeri Sembilan (541 kes), Kedah (382 kes), Johor (392 kes), Pahang (300 kes), Melaka (278), Sabah (271 kes) dan Sarawak sebanyak 270 kes.

"Pulau Pinang pula mencatatkan 243 kes, Perak (207 kes), Kelantan (150 kes), Labuan (54 kes), Putrajaya (49 kes), Terengganu (38 kes) dan Perlis dengan satu kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Julai 2021 @ 3:35 PM