Kuala Lumpur: Jumlah kes Covid-19 hari ini menurun dengan 6,045 kes baharu direkodkan di dalam negara hari ini, berbanding 6,658 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan kes baharu harian itu, jumlah kumulatif kes kini berjumlah 778,652.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 2,262 kes diikuti Kuala Lumpur (616), Negeri Sembilan (531) dan Johor (500).

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Perak mencatatkan 384 kes baharu manakala Sarawak (365), Kedah (332), Melaka (290), Sabah (228), Pulau Pinang (173) dan Kelantan (124).

Pahang antara negeri yang mecatatkan kurang daripada 100 kes dengan 95 kes baharu selain Labuan (75), Terengganu (54) dan Putrajaya (16).

Sementara itu, tiada kes baharu direkodkan di Perlis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 5:38 PM