Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sejumlah 5,671 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dengan Selangor masih menjadi negeri dengan kes tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negeri itu mencatat 1,510 kes dan diikuti Kuala Lumpur (769 kes); Sarawak (631 kes) dan Negeri Sembilan (593 kes).

Katanya, Johor merekod 524 kes, manakala Kedah (309 kes); Kelantan (262 kes); Sabah (233 kes); Melaka (184 kes) dan Pulau Pinang (166).

"Perak mempunyai 143 kes; Pahang (112) dan Terengganu (108); Labuan (106); Putrajaya (18) dan Perlis (3)," katanya hari ini.

GELAGAT seorang kanak-kanak berhadapan petugas kesihatan yang membuat saringan kesihatan dan ujian calitan COVID-19. FOTO Bernama
GELAGAT seorang kanak-kanak berhadapan petugas kesihatan yang membuat saringan kesihatan dan ujian calitan COVID-19. FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Jun 2021 @ 4:18 PM