LEBIH agresif, Zul akui filem J2: J Retribusi padat aksi.
LEBIH agresif, Zul akui filem J2: J Retribusi padat aksi.
orhayati Nordin


NAMA Zul Ariffin sudah pasti tidak asing dalam kalangan peminat filem mahupun drama di negara ini. Apatah lagi, setiap aksi romantisnya menjadi perhatian ramai.

Begitu komited dan fokus pada kerjaya lakonannya, Zul sentiasa memastikan dia memberi yang terbaik dalam setiap karya dibintangi. Jadi, tidak hairan apabila dia sering menjadi pilihan penerbit dan pengarah.

Mengakui terikat dengan jadual lakonan yang padat, itu rezeki buat Zul untuk terus mencurah keringat dalam kerjaya seni diceburi. Katanya, dia tidak boleh sambil lewa dengan tanggungjawab yang sudah digalas.

Apapun, kini Zul teruja untuk tampil dengan filem baharu lakonannya, J2: J Retribusi yang menemui penonton secara eksklusif di platform Disney+ Hotstar yang melancarkan perkhidmatanya hari ini.

Berbicara mengenai filem itu, Zul berkata, ia karya yang menarik kerana padat dengan aksi dan lebih agresif. Katanya, jalan cerita 'sequel' kali ini pasti menjadi pilihan tontonan seisi keluarga terutama mereka yang amat meminati genre aksi.

Melakonkan watak Jay Zulkarnain katanya, karakter itu membawa banyak kelainan yang tidak dijangkakan. Menurut Zul, apapun semuanya sudah dihasilkan dengan terbaik.

Ditanya juga mengenai pengalaman bekerja dengan rakan pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair, pelakon berusia 35 tahun ini berkata, ia menjadi kenangan abadi yang tidak akan dilupakannya. Ia terlalu istimewa.

"Kami bekerjasama dengan baik sepanjang penggambaran filem J2: J Retribusi ini. Dia (Ashraf) sangat komited untuk wataknya dan kami saling membantu serta memberi semangat antara satu sama lain.

"Untuk saya, Ashraf adalah bintang berbakat besar dan memang saya nak pun dia menjadi salah seorang pelakon dalam filem J2: J Retribusi. Pada saya, dia ada kualiti untuk watak antagonis itu," katanya.

Zul yang sudah mengenali Ashraf agak lama sekitar lebih 10 tahun lalu berkata, banyak kenangan mereka bersama. Apatah lagi, kedua-duanya memulakan langkah dalam bidang peragaan sebelum aktif di layar seni.

Mengimbau kisah lalu dua sahabat ini, perjalanan ditempuhi mereka juga berliku sebelum memperoleh kejayaan. Apapun, berkat usaha dan semangat gigih melayakkan Zul dan Ashraf mampu menempa nama dengan bakat mereka.

KENANGAN, Zul bersama Allahyarham Ashraf ketika penggambaran filem J2: J Retribusi.
KENANGAN, Zul bersama Allahyarham Ashraf ketika penggambaran filem J2: J Retribusi.

Ditanya mengenai harapannya terhadap filem J2: J Retribusi, kata anak jati Taiping, Perak ini, semoga penonton dapat menerima baik karya itu. Katanya, jalan cerita berbeza daripada kisah dalam J Revolusi yang diterbitkan pada 2017.

Malah, katanya kepada peminat lakonan Ashraf, filem ini takkan mengecewakan. Lakonan Allahyarham sangat mantap meskipun ia adalah filem pertama mereka diganding bersama selepas masing-masing berpeluang

memahat bakat dalam lakonan.

"Saya sangat berpuas hati dengan lakonan Ashraf. Dia membuatkan saya bangga dengan pencapaian diraihnya. Malah, apa yang lebih bermakna adalah memori hubungan persahabatan kami yang kekal erat ketika itu walau lama tak berjumpa," katanya.

Selain Zul dan Ashraf, filem J2: J Retribusi yang penggambarannya dibuat di Johor Bahru pada 2019 itu turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Amelia Hendeson, Chen Yi Ming, Theebaan G dan pelakon cilik, Ainin Batrisya.

WiFi Di Sebelah Rumah

Selain filem, di platform Disney+ Hotstar juga Zul mempertaruhkan drama lakonannya berjudul WiFi Di Sebelah Rumah bersama pelakon, Ruhainies.

Berbicara mengenai gandingan mereka, Zul berkata, agak mudah untuk dia selesa dengan watak Ghaz itu. Katanya, biarpun kali pertama berlakon dengan Ruhainies, tapi dia senang memberi kerjasama.

ZUL Ariffin kembali semula dengan watak Jay Zulkarnain dalam filem J2: J Retribusi.
ZUL Ariffin kembali semula dengan watak Jay Zulkarnain dalam filem J2: J Retribusi.

"Saya pun tak sangka watak Ghaz dan Mira lakonan Ruhainies boleh serasi dengan kami berdua. Ket

ika di set penggambaran pun kami sentiasa gembira dan memberikan lakonan mantap yang santai. Tak ada tekanan pun.

"Ruhainies pada saya memang 'happy go lucky'. Dia sentiasa ceria dan aura positif yang dibawa itu sangat membantu untuk kami semua bekerja dengan penuh semangat, lancar dan dipermudahkan," katanya.

Sehubungan itu, drama Wifi Sebelah Rumah adalah antara siri eksklusif drama tempatan menarik yang akan ditayang kepada penonton hanya di platform Disney+ Hotstar.

Drama terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd arahan Shuhaimi Zulkefli ini turut dibintangi pelakon lain sepe

rti Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Asha Zainul, Ridzuan Hashim dan Fazlina Ahmad Daud

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Jun 2021 @ 7:00 AM