Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif berkuat kuasa serta-merta.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, penamatan perkhidmatan itu sudah dipersetujui oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sementara itu, Prasarana dijangka akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu malam ini.

Terdahulu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular menunjukkan beliau tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media mengenai kemalangan tren, semalam.

TAJUDDIN ketika sidang media di lokasi kemalangan dua tren LRT di stesen KLCC semalam. FOTO Eizairi Shamsudin.
TAJUDDIN ketika sidang media di lokasi kemalangan dua tren LRT di stesen KLCC semalam. FOTO Eizairi Shamsudin.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Mei 2021 @ 7:54 PM