BERNAMA

Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 di Malaysia mencatatkan 6,976 kes hari ini, jumlah tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara lebih setahun lalu.

Angka itu dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemaskini akaun rasmi Twitternya hari ini.

Sebelum ini kes baharu tertinggi pernah direkodkan ialah 6,806 kes pada Khamis lalu.

Dengan perkembangan terbaru ini, kes kumulatif Covid-19 di negara ini kini 512,091.

Dalam pada itu Selangor masih merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,235 kes diikuti Sarawak dengan 663 kes dan 626 kes di Kelantan.

Selain itu, Johor (549 kes), Kuala Lumpur (447 kes), Negeri Sembilan (434 kes), Kedah (422 kes), Pulau Pinang (372 kes), Perak (279 kes), Terengganu (266 kes), Pahang (263 kes), Melaka (209 kes) dan Sabah (136 kes)

"Putrajaya pula dengan 30 kes manakala Labuan merekodkan 37 kes dan Perlis sebanyak lapan kes," katanya.

PETUGAS kesihatan mengendali kit ujian Covid-19 di Subang Jaya. FOTO Aziah Azmee
PETUGAS kesihatan mengendali kit ujian Covid-19 di Subang Jaya. FOTO Aziah Azmee

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Mei 2021 @ 3:36 PM