Suraya Roslan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Sebanyak 80 peratus pekerja kerajaan dan 40 peratus pekerja di sektor swasta akan bekerja dari rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan 750,000 pekerja kerajaan dan 6.1 juta pekerja sektor swasta.

"Seramai tujuh hingga lapan juta pekerja tidak lagi perlu keluar bekerja dan kesannya amat besar dan akan memudahkan pemantuan dijalankan.

"Ini adalah salah satu dari dua strategi yang diperkenalkan bagi mengurangkan pergerakan orang ramai dalam PKP 3.0," katanya pada sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di sini, hari ini.

Menurutnya, peraturan itu akan berkuat kuasa di seluruh Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula pada 25 Mei ini.

Berita berkaitan:

  • PKP 3.0 mengehadkan pergerakan orang ramai

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Mei 2021 @ 7:06 PM