GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Malaysia merekodkan 4,498 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu selepas lebih sebulan mencatatkan angka terendah, dengan jumlah keseluruhan penularan cecah 432,425 kes.

Sejumlah 34,789 kes aktif dilapor hari ini, bersama 22 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,424 kes dengan 1,165 kes adalah daripada kluster serta saringan kontak rapat kes positif yang aktif dijalankan di lapangan.

"Ia diikuti Sarawak dengan 750 kes dan Kuala Lumpur (426 kes). Sebanyak empat kes dilaporkan adalah berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) termasuk Kluster DTI Lenggeng (3 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 372 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 211 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 3,499 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 396,004 kes atau 91.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Terdapat 22 kematian dilaporkan hari ini membabitkan 20 individu tempatan serta dua warga asing berusia antara 37 hingga 87 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,632 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 4:28 PM