GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR hiasan. FOTO Bernama
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Semua sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup dua hari bermula esok.

KPM dalam satu kenyataan media hari ini berkata, penutupan sekolah itu dibuat bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti dan pergerakan antara negeri memandangkan kedudukan kedua-dua wilayah itu yang bersempadanan dengan daerah dalam negeri Selangor.

Dalam tempoh penutupan itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan mengikut kesesuaian guru dan murid.

"Bagi pergerakan pulang murid asrama sempena cuti hari raya Aidilfitri tahun 2021, pihak sekolah perlu mengekalkan jadual pergerakan pulang yang sudah ditetapkan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan murid dan ibu bapa atau penjaga.

"KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," katanya.

Terdahulu, KPM melalui surat Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bertarikh hari ini mengumumkan penutupan semua sekolah di Selangor bermula esok sehingga cuti Aidilfitri bagi mengurangkan pergerakan dalam komuniti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 7:17 PM