GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Malaysia mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi disebabkan Covid-19 hari ini, iaitu 23 kes, sejak Ordinan Darurat yang dilaksanakan di negara ini pada 11 Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian yang dilaporkan itu kesemuanya membabitkan warganegara.

Katanya, enam kes kematian masing-masing dilaporkan di Kelantan dan Selangor manakala empat di Sarawak serta dua kes masing-masing di Johor serta Sabah.

Selain itu, satu kes masing-masing di Kedah, Perak dan Melaka yang membabitkan pesakit berusia antara 41 hingga 85 tahun dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, jumlah kes Covid-19 di negara ini turut meningkat iaitu 3,120 kes menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 420,632 kes.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 7:18 PM