KAKITANGAN KKM menjalankan ujian saringan COVID-19 FOTO Danial Saad
KAKITANGAN KKM menjalankan ujian saringan COVID-19 FOTO Danial Saad
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,120 kes jangkitan baharu, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhannya kepada 420,632 kes.

Ia meningkat berbanding 2,500 kes dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 675 kes, diikuti Sarawak (620); Kuala Lumpur (408); Johor (336); Kelantan (296); Pulau Pinang (167).

Ini katanya diikuti Kedah (155); Perak (117); Negeri Sembilan (95); Sabah (89); Terengganu (53); Melaka (52); Pahang (41); Putrajaya (11); Labuan (5) dan hanya Perlis tiada kes dicatatkan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Mei 2021 @ 5:08 PM