FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 meningkat dengan 1,767 direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini dengan Sarawak merekodkan kes harian tertinggi berbanding negeri lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 607 kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari.

Katanya, negeri kedua tertinggi kes jangkitan baharu Covid-19 adalah Selangor yang merekodkan 483 kes diikuti Kuala Lumpur (133), Sabah (117) dan Kelantan (103).

Menurutnya, Pulau Pinang pula merekodkan sebanyak 92 kes manakala Johor (74), Kedah (39), Perak (36), Negeri Sembilan (29), Melaka (17), Pahang (14) dan Terengganu (13), Putrajaya (7) dan Labuan (3).

Beliau berkata, tiada kes jangkitan baharu direkodkan pihaknya di Perlis.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 April 2021 @ 5:12 PM