GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.
GAMBAR hiasan. FOTO Hairul Anuar Rahim.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 dalam negara kekal empat angka hari ini dengan 1,510 dilaporkan, manakala Selangor mencatatkan kes harian baharu tertinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, lima adalah kes import membabitkan satu warganegara dan empat bukan warganegara, manakala 1,505 lagi kes tempatan.

Katanya, jumlah terbaru itu menjadikan kumulatif kes di negara ini adalah 359,117, dengan 15,059 kes aktif.

"Sebanyak lapan kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatifnya adalah 1,321 kes.

"Sebanyak 1,248 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 342,737," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 194 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 415 kes diikuti Sarawak (296) dan Sabah (131)," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 5:46 PM