GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 merekodkan sedikit peningkatan dengan 1,638 kes baharu dan tiga kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 349,610 kes dengan jumlah kes aktif 14,432 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh kes import dilaporkan, manakala 1,631 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

"Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 494 kes dengan 486 kes adalah dari Kluster Jalan Pelabuhan diikuti Selangor (352 kes) dan Sarawak (290 kes).

"Sebanyak 15 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen (DTI) membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes), Kluster Penhata Jalan Harapan (5 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes) dan Kluster Telok Mas (1 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 167 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 81 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 1,449 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 333,892 kes atau 95.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Terdapat tiga kematian dilaporkan hari ini membabitkan individu tempatan berusia antara 50 hingga 87 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

"Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,286 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 April 2021 @ 7:21 PM