BERNAMA

Seremban: Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang tadi yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki sudah meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Anggota pasukan penyiasat melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin
Anggota pasukan penyiasat melakukan siasatan di lokasi kejadian. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu membunuh diri dengan menggunakan pistol pasukan dan kita percaya dia menembak anaknya sendiri sebelum itu. Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua mayat," katanya kepada pemberita selepas hadir ke lokasi kejadian di sini, hari ini.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan namun ia dipercayai berpunca daripada masalah keluarga dan kes disiasat mengikut Seksyen 302.

ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki ditemui di kuala Sungai Ayam, pagi tadi. FOTO Ihsan PDRM.
ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki ditemui di kuala Sungai Ayam, pagi tadi. FOTO Ihsan PDRM.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 12:04 AM