GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Malaysia mencatat angka harian tertinggi Covid-19 iaitu 4,275 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 180,455 kes dengan 42,769 kes aktif.

Menurutnya, daripada jumlah itu, 11 kes import dan 4,264 kes penularan tempatan.

"Kes sembuh juga mencatatkan angka harian tertinggi sebanyak 4,313 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 137,019 kes.

"Seramai 260 pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada maklumat terkini dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), tujuh kematian berkaitan Covid-19 hari ini.

Katanya, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian meningkat kepada 667 kes iaitu 0.37 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 6:42 PM