KAKITANGAN Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM menolak pesakit disyaki positif Covid-19 untuk dibawa ke wad bagi rawatan lanjut selepas saringan dan rawatan awal, 12 Jan lalu. FOTO Aizuddin Saad
KAKITANGAN Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM menolak pesakit disyaki positif Covid-19 untuk dibawa ke wad bagi rawatan lanjut selepas saringan dan rawatan awal, 12 Jan lalu. FOTO Aizuddin Saad
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Sebanyak 3,306 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu bertambah kepada 161,740 kes dengan kebolehjangkitan 38,791 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh kes import dilaporkan, manakala 3,299 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

"Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,213 kes diikuti Sabah (432 kes) dan Johor (329 kes).

"Sebanyak 107 kes dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (65 kes), Kluster Tembok Mempaga (35 kes), Kluster Tembok Nanas (4 kes), Kluster Damai Pelangi (2 kes) dan Kluster Pagar Siput (1 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 226 kes positif Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 94 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 2,293 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya 122,344 kes atau 75.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Terdapat empat kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan tiga lelaki serta seorang wanita tempatan berusia antara 59 hingga 91 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik di Selangor, Sabah dan Terengganu.

"Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 605 kes atau 0.37 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 8:19 PM