Kesan kecederaan dialami Khairy dan (kanan) lubang di jalan yang menjadi punca kejadian. Foto Ihsan IG dan Twitter Khairy Jamaluddin
Kesan kecederaan dialami Khairy dan (kanan) lubang di jalan yang menjadi punca kejadian. Foto Ihsan IG dan Twitter Khairy Jamaluddin
Redzuan Muharam
[email protected].

Kuala Lumpur : "Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah Khairy Jamaluddin hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius," demikian ciapan Setiausaha Akhbar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Raja Syahrir Raja Abu Bakar di Twitter.

Ciapan itu dimuat naik kira-kira sejam lalu bagi memaklumkan perkembangan terkini Khairy selepas Ahli Parlimen Rembau itu memuat naik gambar kesan calar di dahi, hidung di ruangan Instagram Story (IG Story).

Menerusi perkongsian di IG Story itu, Khairy turut meletak kapsyen ringkas menyatakan kecederaan dialami disebabkan terlanggar lubang ketika menunggang basikal hingga menyebabkannya terjatuh ke dalam parit.

Beliau turut memuat naik gambar lubang dan parit terbabit di ruangan yang sama tetapi tidak dinyatakan di mana lokasi kejadian berlaku .

Perkongsian di Twitter pula mendapat perhatian pengikutnya dengan rata-ratanya mendoakan supaya Khairy dalam keadaan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Disember 2020 @ 4:27 PM