GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Sebanyak 2,062 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu kepada 97,389 kes dengan jumlah kes aktif 17,646 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, empat kes import dilaporkan manakala 2,058 kes lagi membabitkan penularan tempatan.

"Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,014 kes diikuti Kuala Lumpur (504 kes) dan Sabah (252 kes).

"Sebanyak 120 kes dilaporkan berkaitan kluster di penjara dan depot tahanan imigresen membabitkan Kluster Tembok Gajah (88 kes) Kluster Penjara Jalan Harapan (24 kes) Kluster Penjara Sandakan (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes) dan Kluster Tembok (2 kes)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hisham berkata, terdapat 111 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 911 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 79,304 kes atau 81.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Terdapat satu kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan seorang lelaki bukan warganegara berusia 69 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit angin ahmar di Labuan.

"Kes-kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 439 kes atau 0.45 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Disember 2020 @ 7:21 PM