GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Bisnes HM


Kuala Lumpur: Bayaran fasa kedua dan permohonan baharu serta rayuan yang diluluskan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat dalam bulan Januari 2021.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

"Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula

disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020.

"Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu," katanya dalam Laporan Laksana ke-31 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) di Kuala Lumpur, hari ini.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM7 bilion untuk meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara one-off.

Sementara itu, bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 pula, pemohon boleh menyemak

status permohonan sejak 27 November lalu, manakala pembayaran sudah dibuat sejak 30 November 2020.

"Sebanyak 304,000 PKS Mikro layak menerima bantuan one-off berjumlah RM3,000 dengan bayaran keseluruhan sebanyak RM912 juta.

"Secara keseluruhannya, hampir 850,000 PKS mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM2.55 bilion.

"Bagi mereka yang gagal permohonan, tempoh rayuan GKP 2.0 akan dibuka dari 7 hingga 21 Disember 2020 yang boleh dibuat secara dalam talian di https://gkp.hasil.gov.my," katanya.

Bagi Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) yang telah bermula sejak Oktober

2020, setakat 20 November lalu, sebanyak RM164.26 juta (peningkatan

daripada RM148.22 juta minggu lalu) telah dibelanjakan bagi membantu sebanyak

34,479 majikan (peningkatan daripada 30,492 minggu lalu) untuk terus beroperasi

dan mengekalkan seramai 273,767 pekerja (peningkatan daripada 247,035

minggu lalu).

"Diingatkan bahawa permohonan baru bagi PSU 2.0 masih dibuka kepada majikan sehingga 31 Disember 2020," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2020 @ 4:57 PM