TRAK membuang bangkai mink di dalam lubang besar dekat Holstebro, Denmark. FOTO AFP
TRAK membuang bangkai mink di dalam lubang besar dekat Holstebro, Denmark. FOTO AFP
Agensi

Copenhagen: Sejumlah 17 juta mink di negara ini akan dibunuh selepas wabak Covid-19 dikesan di salah sebuah ladang ternakan mamalia kecil itu di Denmark.

BBC News melaporkan, Perdana Menteri Mette Frederiksen berkata, keputusan itu dibuat kerana virus Covid-19 yang sudah bermutasi dikesan pada haiwan berkenaan dan boleh menular kepada manusia.

Pada masa ini, Denmark adalah pengeluar bulu mink terbesar di dunia dengan pasaran eksport utamanya adalah China dan Hong Kong.

Pemusnahan itu bermula akhir bulan lalu, selepas banyak kes Covid-19 membabitkan mink.

Kes positif Covid-19 juga seumpamanya turut dikesan di Belanda dan Sepanyol sejak wabak itu melanda Eropah.

Bagaimanapun, kes di Denmark merebak dengan begitu cepat.

Sebanyak 207 ladang penternakan mink di Jutland terjejas dan sekurang-kurangnya lima kes virus baharu dijumpai.

"12 orang dijangkiti, kata pihak berkuasa.

Frederiksen menyifatkan keadaan itu sangat serius dan anggota polis dan tentera Denmark akan membantu melaksanakan pembunuhan besar-besaran berkenaan.

Beliau memetik laporan pihak berkuasa mengenai virus Covid-19 bermutasi didapati melemahkan kemampuan tubuh untuk membentuk antibodi, yang berpotensi menjadikan vaksin, tidak efektif.

Lebih daripada 50 juta mink setahun dibiakkan untuk menghasilkan bulu untuk pakaian, terutama di China, Denmark, Belanda dan Poland.

Haiwan itu juga seperti kumpulan musang, terdedah terhadap wabak dan seperti manusia.

Ia juga menunjukkan pelbagai gejala ringan hingga masalah yang teruk, seperti radang paru-paru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2020 @ 3:20 PM